this is what our malay brothers write for their exams... enjoy!
karangan budak ting 3 "kemalangan yang
paling ngeri"
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup
sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi
sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di
dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam
unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya
tidak mahu. Selepas emak menikam perut
saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya.
> >
> > Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang. Dia melanggar emak
saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu
emak saya naik semula dan mengejar
lori tersebut. Saya pun turut berlari
di belakang emak saya kerana takut
emak saya melanggar lori itu pula.
> >
> > Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih
laju iaitu sama dengan kelajuan
cahaya. Kami pula terpaksa mengejar
dengan lebih laju iaitu sama dengan
dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak
saya dapat menerajang tayar depan lori
itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100
orang semuanya mati.
> >
> > Pemandu feri itu sangat marah. Dia
pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori
dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun
terus menyewa sebuah helikopter di
Genting Highlands dan terus ke tempat
kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman
itu. Pemandu feri itu terkejut dan
terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya.
Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia
meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu
dengan kipas helikopter. Pemandu lori
itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke
bumi.
> >
> > Emak saya menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori
itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu
lori itu tidak dapat menjawab sebab
emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu lori itu mati. Tidak lama
kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat lapuran ke ibu pejabatnya
tentang kemalangan ngeri itu. Semua
anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati.
> > Orang ramai mengerumuni tempat
kejadian kerana ingin mengetahui apa
yang telah terjadi. Polis yang
bertugas cuba menyuraikan orang ramai
lalu dia menjerit menggunakan pembesar
suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
> >
> > Selepas itu emak saya mengajak
saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar,
emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.
4 years ago